REMEMBER”: Menangani Wabak Pandemik Bersama Anak-Anak Anda

Hesham Hamoda, MD, MPH
Pakar Psikiatri, Boston Children’s Hospital
Pembantu Profesor, Harvard Medical School

Illustrasi: Dr. Serag Eldin Kamel

Kehidupan jutaan kanak-kanak di seluruh dunia akan menerima kesan yang amat mendalam berikutan laporan kes-kes berkaitan dengan wabak pandemik COVD-19 dalam laporan WHO di 135 buah negara (yang dijangka akan semakin meningkat).

Adakah anda terasa teramat cemas dengan berita ini? Anda tidak keserogangan! Berikut adalah beberapa langkah yang ibu bapa boleh amalkan untuk membantu anak-anak mereka melalui detik-detik yang sukar ini menggunakan mnemonik “REMEMBER”.

1. Reassure them (Memberi jaminan yang menenangkan kepada mereka): Berterus terang dan beritahu mereka bahawa anda akan memastikan keselamatan mereka dan sentiasa bersama mereka. Mengikut maklumat yang terkini, kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini mengalami tahap kelaratan penyakit yang ringan sahaja.

2. Empower them (Memberi mereka kuasa): Mereka berpeluang mempelajari nilai-nilai murni terhadap orang lain dan masyarakat. Galakkan mereka untuk menulis kad atau email terima kasih yang boleh disampaikan kepada petugas barisan hadapan (boleh disampaikan pada lain hari), menderma untuk organisasi yang membantu, menelefon jiran yang berumur untuk menanyakan khabar ataupun menyelitkan nota ramah seperti “sentiasa beharap anda sihat selalu” dibawah pintu rumah. 

3. Maintain your own calm (Kekalkan ketenangan diri anda): semak nadi anda sendiri Anak-anak bukan miniru apa yang anda cakap tetapi apa yang anda lakukan. Menjaga diri sendiri adalah penting untuk menangani tahap stres sendiri (managing your own stress dan kemudiannya ianya teladan untuk mereka juga.

4. Engage them (Melibatkan mereka): jadikan ini sesuatu peluang untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga di rumah! Gunakan masa ini untuk mengisi masa mereka dengan aktiviti seperti permainan berpapan, menonton filem ataupun memasak makanan bersama-sama, dan mungkin adakan parti menari sekeluarga untuk kekal aktif?

5. Manage their emotions (Menangani emosi mereka): berikan mereka peluang untuk bertanyakan soalan dan menyuarakan perasaan mereka mengenai wabak ini dan bagaiman ianya mempengaruhi mereka. Ini sangat penting kerana mereka terpisah daripada kawan-kawan dan rutin harian biasa disebabkan penutupan sekolah. Tidak semestinya anda perlu mempunyai jawapan segala pertanyaan mereka, sekadar menjadi pendengar sudah mencukupi. Anda boleh menggunakan peluang ini untuk mengajar mereka teknik relaksasi seperti teknik pernafasan mendalam (deep breathing) dan meditasi (meditation).

6. Beware (berhati-hati): maklumat di dalam media-media mungkin agak keterlaluan untuk kanak-kanak dan berkemungkinan informasinya tidak tepat.

7. Educate them (Didik mereka): keadaan ini boleh digunakan sebagai peluang untuk mendidik mereka mengenai penjagaan diri yang elok seperti kebersihan mencuci tangan menutup mulut semasa batuk. Ini juga adalah peluang untuk menarik minat mereka kepada bidang sains dan jenis kerjaya yang dapat membantu orang lain. “alangkah hebatnya jika seorang saintis dapat menjumpai vaksin untuk penyakit ini?” “apakah yang dilakukan oleh para jururawat dalam menjaga pesakit?” “Dapatkah anda bayangkan bertapa pentingnya perkerjaan seorang tukang cuci dalam memastikan keselamatan kita hari ini?”

8. Routines (Rutin): Kekalkan rutin seharian setakat yang mampu. Seperti makan malam bersama-sama, membaca buku cerita sebelum tidur, menonton file di rumah bersama-sama dan lain-lain. Jangan lupa untuk mengingatkan mereka untuk bersenam sedikat sebanyak di rumah dan minum air secukupnya. Jika boleh, jangan lupa juga untuk menghirup udara yang segar di halaman rumah!